Thursday, January 14, 2010

Pergimu tak kembali

Pada 11/1/2010 yg lepas bersamaan 22 Muharram 1431H, kami sahabat2 dikejutkan dgn berita pemergian 2 org shbt kami ke Rahmatullah, Allahyarham Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin dan Allahyarham MohD Faizol bin Abdul Syukor. Al-Fatihah kami sedekahkan selain doa yang kami panjatkan kpd shbt2 ini yang hidupnya dahulu dengan perjuangan utk meneruskan kesinambungan dakwah di kampus UPSI.

(ARWAH MOHD FADHIRI)

(ARWAH MOHD FAIZOL)

Kesedihan & kepiluan sangat dirasa kerana ana & beberapa org sahabat lain baru sahaja berada pd train yang sama daripada Kedah ke Tanjung Malim. Sblm kejadian, kami telah bertolak ke Kedah untuk menziarahi sahabat kami di sana krn ayahnya sakit selain menziarahi shbt2 lain di sana memandangkan kami akan menjalani latihan praktikum x lama lagi. masa yg ada kami manfaatkan utk berziarah. Semasa balik, arwah fadhiri yang dari Penang menziarahi adiknya menaiki train bersama kami. Arwah sering kelihatan dgn selendang hijau. Pada malam 11hb itu, arwah yg duduk di sblh utz Baha telah memberikan selendang hijau itu kpd utz baha wlupn ketika itu arwah jg sedang kesejukan. Sampai shj di stesen keretapi tg malim, kelihatan muslimin hendak mengambil gambar. Ketika kami lalu hendak menuju ke kereta sapu, terdengar suara arwah mengatakan "betul ke kita nak bergambar ni?". kami mslmt langsung x mempedulikan mslmn ketika itu malah terus shj masuk dlm kereta. Sampai shj di Bait Azzahra, dgn keadaan yg msh keletihan, kami dimaklumkan bahawa ustaz Fadhiri & Faizol telah kemalangan.

Kmdn ahli Bait Zahra bergegas ke tempat kejadian, Tp Allah lebih menyayangi Arwah Mohd Faizol yg mana arwah telah meninggal dunia di tempat kejadian. Diceritakan oleh muslimin, mereka dgn 6 buah motor termasuk akh faizol telah bertolak dr kolej KUO dan rumah sewa utk mengambil 6 org muslimin yg baru sampai di stesen keretapi. Utz Faizol telah membonceng utz Fadhiri dan ketika itu 5 motor lain berada di hadapan. Ketika di simpang 4 & ketika itu lampu merah, 5 motor trsbt telah berhenti ttp motor yg dipandu akh Faizol terus meluru laju ke hdpn dan ketika itu jg sebuah lori telah melanggar mereka. Utz Faizol mendpat hentakan di kepala & tergolek2 di atas jalan raya manakala utz Fadhiri terpelanting ke belakang. Kejadian trsbt berlaku di dpn mata shbtnya yg lain."Allahuakhbar"..salah seorang shbtnya sempat mengajar utz Faizol mengucap "LAILAHAILLALLAH".. arwah sempat menyahut dan terus menghembuskan nafas yg terakhir. Ketika itu utz Fadhiri pula dlm keadaan parah dan terus dikejarkan ke Hospital Slim River.

Tangisan kedengaran di Bait aZzahra & mslmh lain saling berpelukan tak tahan menahan sebak, di satu sudut kedengaran bacaan Yasin dan Ayat2 Allah, di sudut lain ada shbt yg sedang menunaikan solat hajat utk mendoakan kesejahteraan keduanya. Selesai solat subuh, kami menyewa kereta & bergegas ke Hospital Slim River. Setibanya d sana, kelihatan utz Fadhiri yg dalam kedaan parah berada d dlm ambulance. Bbrp kali dia cuba membuka saluran oksigen yg menutupi hidung dan mulutnya & ketika itu kami x tahan menahan tangis tatkala melihatnya dlm kesakitan. Ambulance kmdn memindahkan utz Fadhiri ke Hospital Teluk Intan. Kmdn kami menjenguk ke bilik mayat dan ketika itu Allah mmberikan kami kesempatan mlht wajah arwah Faizol dr dekat. MASYA-ALLAH, wlupn mndpt hentakan dan kemalangan yag tragis, muka arwah masih terpelihara & kelihatan sgt tenang. ketika itu arwah memakai T-shirt kelab surau KUO berwarna hijau. Baju itu jg adalah rekaan arwah Fadhiri.

Kmdn, km bergegas balik utk membawa pakaian yg secukupnya krn slps itu, kami bercadang terus menuju ke Hospital Teluk Intan dan terus ke Kelantan. dlm 10.30am, kami yg ketika itu sedang bersiap2 dikejutkan dgn berita kematian Arwah Fadhiri.YA ALLAH..hanya tangisan yg kedengaran. Kami segera pecut menuju ke Hospital tp shbt2 meminta kami menunggu utk solat jenazah utz faizol di surau Al-Falah terlebih dahulu. Selesai solat jenazah, kami menyewa kereta & sebanyak 6 kereta yg konvoi menuju ke kelantan. Tiba saja di Tanah merah pd mlm 12hb, kami sempat melihat arwah fadhiri ketika kerandanya dibuka d hadapan keluarga, menyolatkan jenazah & Alhamdulillah sempat menziarahi kubur arwah di tanah perkuburan islam jajahan tanah merah pd hari berikutnya. pd 12hb jg, km telah menuju ke rumah arwah Faizol di Pasir Mas dan menziarahi kubur arwah.




(2 GAMBAR DI ATAS MENUKKAN ARWAH FADHIRI DAN FAIZOL SEMPENA PERJUMPAAN PERDANA KELAB SURAU KUO)

Hati mana yg x dirundum kesedihan apatah lagi setelah sekian lama bergerk kerja bersama dgn kedua2 arwah di Kolej ungku omar upsi dlm Kerohanian & kelab surau. meeting bertabir dan program di dewan kuo adlh rutin bg penggerak kerohanian di kuo. Arwah Fadhiri & Faizol kedua2nya merupakan mantan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) dlm exco kerohanian. Kmdn arwah Fadhiri memegang jawatan sbg Timb. Bendahari yg mana En. Raizol selaku Pen Pengurus Asrama mengakui arwah adlh seorang yg amanah ketika mana arwah difitnah pd PilihanRaya Kampus tahun lepas. Arwah Fadhiri jg memegang amanah sbg Naib Pengerusi Kelab surau selain sgb Timb. Presiden Persatuan Pendidikan Islam (PPI). Arwah Faizol pula pernah memegang amanah lain sbg pengerusi kelab surau semasa hayatnya. Sahabat2, smga dgn perginya 2 org syuhada' ini, tak melemahkan kita sebaliknya kt mengambil roh semangat mereka utk terus menegakkan dakwah islamiyyah. Bersyukurlah kt krn 2 org shbt kt ini pergi dlm keadaan sudah selesai urusannya dgn Allah. Kita pula bagaimana nnti?? AL-FATIHAH...

Shbt2 yg mengenali arwah boleh menziarahi blog khas utk arwah: http://alfatihah-mohdfadhiri.blogspot.com/

0 comments:

 

©2009 NUR ILAHI | by TNB