Monday, March 8, 2010

InsyaAllah yg terbaik!!!

Hari ini 8 mac 2010 telah diadakan sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. kami guru praktikum telah diamanahkan utk menjadi AJK persembahan. tidak sampai seminggu tempoh yg diberikan kpd kami untuk melatih para pelajar. Penolong kanan pula inginkan kelainan yg x mahu setiap kali smbtn adlh persembahan nasyid. mereka meminta kami membuat satu perubahan dan kami jg diminta utk terlibat sekali dlm persembahan tersebut...Berbekalkan sdkt pengalaman yg ada ketika berpersatuan di UPSI kami menggalas tugas tersebut. kami telah sepakat utk membuat persembahan lakonan yg diiringi muzik2 dan sajak.

Bertemakan negeri padang pasir, km telah mereka satu jalan cerita yg mengisahkan 3 zaman iaitu zaman jahiliyyah, zaman kelahiran Rasulullah & zaman perubahan. Zaman jahiliyyah dimulakan dgn scene exploitasi wanita, perbalahan kabilah & peperangan, arak yg berleluasa & pembunuhan anak perempuan. Zaman kelahiran km persembahkan deklamasi sajak dgn iringan lagu. kmdn pd zaman perubahan meletakkan scene persaudaraan masyarakat, solat berjemaah, halaqah, arak yg ditumpahkan dan kisah darjat wanita yg diangkat yg mana ketika ini bayi prmpuan yg baru lahir diazankan..

Ana telah memikul tanggungjwb utk melakonkan watak ibu yg mana anaknya dibunuh hidup2 serta diakhir penceritaan yg mengisahkan seorang ibu yg mlhrkan anak dan suaminnya mengazankan bayi tersebut. watak ibu turut dijayakan oleh kak bibah dan kak ja. ustzh sakinah merupakan suara latar manakala ustzh Ain bertanggjwb dlm teknikal. Selama 4 hari latihan demi latihan kami jalankan sehinggalah pljr2 kami mampu menghayati watak. ana teringat ketika ana mengajak mrk utk berlakon. mrk smgt nak join tp ada jg kerisauan."cg, sy boleh je berlakon tp sy ni budak nakal".."sblm ni kwn2 kamu kenal kamu sbg budak yg nakal, apa salahnya kali ini kamu tunjukkan diri kamu sbg budak yg baik..berserban, berjubah", jawab ana. pelajar itu pun tersenyum....

Akhirnya pd pg td km telah membuat persembahan, utz marul mengetuai bacaan doa sblm kami memulakan persembahan di hadapan semua guru & pelajar, iaitu di pentas tapak perhimpunan. Akhirnya, usaha & kerja keras kami berhasil..air mata terasa ingin bercucuran. Satu persatu pujian yg kami terima trmask dr pen. kanan.Alhamdulillah..

0 comments:

 

©2009 NUR ILAHI | by TNB