1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya. Pembaziran berleluasa.
2. Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi.
3. Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh dan Zuhur.
4. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita.
5. Makan berlebihan.
6. Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja.
7. Tidak mengutamakan menziarahi jiran, saudara-mara, rakan taulan,tetapi sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.
8. Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal.
Thursday, August 25, 2011
10 ibadah terakhir bagi wanita Haid
Sedikit perkongsian kpd sahabiah di luar sana yg mana ana juga mencari maklumat ini drpd sumber yang insyaAllah memberi manfaat kpd para muslimah..
Allah sgt sayang kpd wanita, kadang2 ada wanita yg berasa sedih krn tidak dpt solat di 10 terakhir ramadhan krn Haid ttp jgn risau ye shbt2 krn ada ibadah lain yg kt boleh lakukan..
Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah. Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid.
1. Redha dengan ketentuan ALLAH
Mempunyai perasaan redha terhadap ketentuan ALLAH adalah sesuatu yang sangat penting ada di dalam hati seseorang mukmin. Ia menandakan keimanan seseorang terhadap qadar dan qadha ALLAH. Sifat redha akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bersangka baik dengan Tuhannya. Dan sifat redha ini adalah sifat yang mahmudah yang insyaALLAH besar pahalanya di sisi ALLAH. Bukan senang seseorang itu hendak redha. Justeru, redhalah. Ada ganjaran pahala buat orang-orang yang redha, insyaALLAH.
Redha adalah tanda kehambaan hamba kepada Tuhannya.
2. Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan
Memang ibadah terbaik di waktu seperti malam adalah solat-solat sunnat. Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tidak dibiarkan begitu sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:
- Membaca ayat-ayat al-Quran dan terjemahannya tanpa memegang mushaf al-Quran. (Rujuk fatwa di sini.)
- Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan. Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:
- “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
- “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
- “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
- “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
- “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
- “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
- Dan lain-lain lagi.
- Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. Ucaplah“Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.
- Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah.
- Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
- Muhasabah diri.
- Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami haid. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan. Kerana di dalamnya kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar. Oleh itu, janganlah ditinggal terus dari beribadah pada waktu malam walaupun anda sedang didatangi haid.
3. Ibadah-ibadah dan lain-lain amalan soleh.- Menghadiri majlis-majlis ilmu.
- Menjauhi perbuatan-perbuatan syubhah dan haram terutama yang melibatkan lidah.
- Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.
- Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang mengajak manusia kembali beragama.
- Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang berpuasa. InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu.
- Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
- Membantu orang yang kesusahan.
- Menyebarluaskan salam.
- Dan banyak lagi tidak terkira.
Itulah antara sebahagian yang sempat saya fikirkan untuk dimanfaatkan oleh wanita-wanita yang berada di luar sana. Menurut isteri saya, memang ramai wanita yang tidak sedar akan ibadah-ibadah lain yang ada di dalam ISLAM. Mereka ingat hanya solat dan puasa sahaja ibadah. Ketidaksedaran ini membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan. Terbuanglah peluang begitu sahaja, malah ada yang tidur sahaja disebabkan oleh pada anggapan mereka bahawa mereka tidak boleh melakukan ibadah.
ALLAH Maha Pemurah. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hambaNYA. Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA. Konsep ibadah ini terlalu luas. Bukankah seluruh kehidupan kita juga boleh jadi ibadah? Selamat beribadah di 10 terakhir Ramadhan.
ALLAHU A`LAM.
Ahlan..
Assalamualaikum wbt...terasa rindu kepada penulisan blog dan juga kpd shbt shbh yang masih aktif dgn usaha dakwah melalui blog. Alhamdulillah akhirnya Allah menggerakkan hati & memberi kelapangan masa kpd ana utk kembali menghidupkan blog ini setelah lebih setahun menyepi.InsyaAllah inilah masanya ana kembali wlupun dgn status berbeza berbanding dulu..dulu ana msh seorang ttp kini telah bergelar isteri kpd akh safaruddin Lakalla & jg ibu kpd putera tercinta umar abdul aziz..
Setahun telah berlalu, ttp terasa spt baru bergelar isteri kpdmu suamiku..tarikh bersejarah 05/06/10 sentiasa mekar dalam ingatan.
Setahun telah berlalu, ttp terasa spt baru bergelar isteri kpdmu suamiku..tarikh bersejarah 05/06/10 sentiasa mekar dalam ingatan.
Alahmdulillah telah lahir putera tercina, umar abd aziz pd 13/03/11 yang lepas. Kelahiranmu telah menambah kebahagiaan keluarga kt syg..semoga dirimu kelak membesar sbg anak yg soleh..Gambar ini dirakam ketika umar baru shj dilahirkan.
Monday, May 24, 2010
Ke Arah Kesempurnaan Hidup Beragama
Setiap Makhluk Diciptakan Berpasang-pasangan
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui”. Yaasin: 36
Sudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk diciptakan mempunyai pasangan. Begitu juga manusia. Telah diciptakan Hawa untuk menjadi pasangan bagi Adam a.s. Daripada pasangan inilah, manusia berkembang biak sehingga sekarang. Firman Allah swt: “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu daripada isteri-isteri kamu itu anak-pinak dan cucu-cicit dan memberi kamu rezeki daripada yang baik-baik..” (An-Nahl: 72)
Fitrah manusia tidak boleh hidup bersendirian. Setiap manusia normal memerlukan teman. Teman untuk berbicara. Teman untuk makan. Teman untuk berkerja dan boleh dikatakan hampir semua rutin harian yang dilakukan memerlukan kepada teman.
Sunnah para rasul
Berkahwin adalah antara keperluan paling asas hampir semua insan di dunia ini. Bahkan menjadi sunnah para rasul utusan Allah swt. Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yang tidak menyukai sunnahku, ia bukanlah dari golonganku. Sebahagian dari sunnahku adalah berkahwin, oleh kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksnakan sunnahku”.
Fitrah kejadian manusia adalah melalui perkahwinan. Kahwin menurut Islam bermaksud perjanjian antara dua insan yang berlainan jantina (lelaki dan perempuan) untuk berkongsi hidup. Bermakna, hanya selepas pasangan ini dinikahkan secara rasmi sahaja barulah agama mengiktiraf kebebasan pasangan ini untuk berkasih sayang dan bercinta mesra.
Matlamat Perkahwinan Muslim
Perkahwinan itu dipandang mulia dan sangat dianjurkkan oleh syariat Islam bagi mengelakkan keruntuhan akhlak dan tatasusila di samping menjaga keturunan. Ia bertujuan untuk keharmonian sejagat, khususnya bagi umat Islam. Perkahwinan membawa kepada ketinggian akhlak serta kebersihan rohani dan jasmani. Melaluinya, zuriat akan berkembang biak dan ini adalah sebahagian daripada kebangaan Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berkahwinlah kamu agar dapat melahirkan keturunan. Sesungguhnya saya akan berbangga pada hari kiamat jika kamu menjadi umat yang teramai (daripada umat-umat lain)”.
Namun, matlamat perkahwinan yang paling utama ialah untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah yang taat kepada segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya. Zuriat yang akan mendoakan kesejahteraan hidup kedua ibu bapa sama ada semasa hayat mereka mahupun selepas keduanya meninggal dunia. Rasulullah saw bersabda: “Apabila seseorang manusia telah meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya”.
Ke Arah Kesempurnaan Beragama
Dengan perkahwinan juga akan mampu menjaga agama. Bahkan perkahwinan itu merupakan sebahagian daripada agama. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya: “Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi”. (H.R.Al-Baihaqi)
Bahkan, perkahwinan juga mampu membawa kepada khusyuk dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. Khusuk dalam erti kata, ibadat yang disukai dan diterima oleh Allah SWT. “Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh pulu rakaat orang yang hidup membujang”. (Dikemukakan oleh Ibnu Ady dari Abu Hurairah termaktub dalam kitab Al_kamil) (Tuhfatul Aris Wal 'Arusy, 67).
Wassalam...
"Sahabat-sahabat, kaum keluarga dan semua kenalan dijemput hadir ke Majlis Walimahtul Urus kami: Nurlaila Darwis dan Safaruddin Lakalla pada 22 Jamadil Akhir 1431H bersamaa 5 Jun 2010M di alamat Lot No. 227, Kg. Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah. Semoga kehadiran kalian akan membawa 1001 rahmat kepada kami. InsyaAllah..Mohon doa kalian..
Wednesday, May 19, 2010
Minggu terkahir di sekolah...
Bergambar kenangan utk majalah sekolah
Dari kiri; Rosmaniza, Nooradila, Nur Ain Solihah, Sakinah, Khatijah, Nurlaila, Habibah, Norhayati
Ini adalah jamuan yg plg 'surprise' drpd pljr2 kelas 404. Tujuan masuk utk mengajar sains, tp x jadi mengajar bila mana hati dah tersentuh, kelopak mata jg x terdaya menahan limpahan air mata =(
Gambar kenangan bersama pelajar tgktn 404.
Seterusnya, gambar di bawah merupakan picnic pertama dan terakhir bersama2 pelajar kesayangan kami, berkelah di teluk senangin dgn pantai yg memutih menambah kesedihan kami..
"Selamat tinggal pelajar2ku..cgu harapkan perubahan dr kamu wlupun ckgu dan kamu bakal berjauhan. di sekolah mcm2 label negatif yg kau dpt tp cgu x pernah menganggap kamu begitu. Cikgu teringin sgt bersama kamu semua sehingga kamu berjaya tp ckgu x mampu.., cgu x dapat menahan air mata, krn cgu sgt sayangkan kamu semua"
Jamuan Perpisahan~ akan ku abadikan kenangan ini
Jamuan pertama: Di rumah Saiful Nizam. Selesai mengajar pelajar2 ini di hujung minggu, ibu dan abah saiful menejemput kami semua untuk datang makan tengah hari di rumah mereka.
Jamuan kedua: makan malam di rumah pak man yg juga pembantu am di sekolah kami. Baik sgt keluarga pak man..jasa pak man sekeluarga tak mungkin dpt kami lupakan.
Jamuan ketiga: Jamuan Perpisahan meraikan guru praktikal dan guru sandaran yang diraikan oleh guru2 sesi petang dan pentadbiran sekolah.
Barisan guru2 praktikum dan guru sandaran..
Jamuan keempat: Jamuan makan malam di rumah syikin (pelajar tingktan 1)
Jamuan kelima: Jamuan perpisahan bersama pelajar tingkatan 406. Yg juga merupakan salah satu drpd kelas yg ana mengajar sains. Selepas bermain bola jaring bersama2, mereka memberikan kejutan kpd kami.
Jamuan keenam: Jamuan perpisahan yang diraikan oleh pelajar2 tingkatan dua. Jamuan ini jg bertujuan mereka meraikan birthday kak khatijah dan adib.
Jamuan ketujuh: Jamuan ketujuh di kedai makan pakcik zul dan keluarga yg meraikan kami guru2 praktikal.
Perkhemahan bersepadu, Ulu Licin Perak
Cgu Thennarasu bersama para fasi memindahkan banner program.
Antara kenangan paling manis yang mana kami semua solat maghrib secara berjemaah dlm keadaan hujan yg sgt lebat. Selesai solat, Ustaz marul Hariri bin Mokhtar menyampaikan tazkirah yg ketika itu jg masih hujan.
Barisan AJK, Fasi dan para peserta merakamkan gambar kenang-kenangan di akhir program.
Subscribe to:
Posts (Atom)