Thursday, March 25, 2010

Mengemudi ke alam rumahtangga

Walimah ustaz Nizamuddin dan ukhti khairul Bariyah
18 Mac 2009


Perkahwinan dan Kasih Sayang
Hubungan kasih sayang antara suami isteri adalah di antara tanda-tanda kebesaran dan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kaum manusia. Allah swt telah berfirman dalam Surah al-Rum 30:21:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Al-Qur'an menganggap perkahwinan sebagai "perjanjian yang kuat" (Surah an-Nisa 4:21 ) dan ayat di atas mengajar kita bahawa ia adalah berasaskan perasaan kasih sayang dan kebaikan hati. Kesejahteraan rumahtangga timbul dari sikap saling hormat-menghormati, berlaku adil, bertolak-ansur dan berbelas kasihan antara kedua-dua pasangan perkahwinan itu.

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh pasangan yang berkahwin. Demi melindungi hak serta memerabatkan kedudukan isteri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad, "Takutlah kamu kepada Allah dalam menghadapi wanita, kerana kamu menerima isteri berdasarkan amanah Allah".

0 comments:

 

©2009 NUR ILAHI | by TNB