Tuesday, April 13, 2010

~::Minggu Kesenian & Kebudayaan Islam (MKKI '10)::~

Panitia Pendidikan Islam dgn kerjasama Persatuan Pendidikan Islam SMK Dato' Idris telah menganjurkan Minggu Kesenian & Kebudayaan Islam bermula 05-10 April 2010. Pelbagai acara yang dipertandingkan, antaranya ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan, menulis KHAT, Membaca berita (tulisan Jawi), Syarahan dan pada acara kemuncik pd 10hb telah diadakan pertandingan Nasyid, Sketsa dan Puisi. Bertemakan "Remaja Islam Aset Negara" dan program ini mendapat penyertaan menggalakkan di luar anggaran peserta sebenar. Selain itu, ana juga berpeluang menjadi Ahli panel yang mewakili suara golongan muda dalam Diskusi Pendidik. Selepas tamat Diskusi lebih kurang dekat 1 jam, acara penyampaian Hadiah untuk semua acara yg dipertandingkan telah diadakan.


.
Menjadi ahli Panel ke-3 untuk Diskusi Pendidik 
Pengerusi: Ustazah Noria Tan Abdullah
Panel 1: Puan Nurul Huda (Guru kanan bahasa)
Panel 2: Ustaz Marul Hairi



Antara barisan AJK pelaksanaMKKI

Inilah kumpulan Nasyid Al-Iman yang jg merupakan kumpulan Nasyid yang dibawa pemantauan ana. Alhamdulillah latihan selama seminggu lebih berhasil apabila mereka menjadi Johan Nasyid kategori lelaki. Ana merasakan kenangan yang sangat manis bilamana ana diamanahkan oleh ustzh ain solehah utk menjadi penasihat kumpulan ini. Perjuampaan awal di makmal komputer dan disusuli di hadapan kantin dan tempat letak motosikal sudah tentu tidak dapat dilupakan sampai bila2. Pernah sekali ana terlelap di dalam surau kerana kepenatan yang dirasai dan ketika itu ada pelajar yang datang menegur."ustazah tido kat sini ke?ustazah x balik ke? kesiannya dgn ustazah..." "Cikgu nak melatih nasyid ni, x lama lg pertandingan..xpe, minggu ni je letih mcm ni." jawab ana pula. Tepat pukul 3pm datanglah semua pelajar2 nasyid Al-Iman dgn motor masing2 dan mereka kelihatan sgt tidak bersemangat. Ana hanya mampu bertanya pd mereka."kamu nak menang ke?" "nak cikgu" jawab mereka. "ok, kalau nak menang kena sungguh2, cikgu x nak dah tengok kamu main2 mcm ni" jawab ana pula. Akhirnya mereka berusaha dgn gigih untuk mencapai apa yang mereka impikan. Pada pagi hari pertandingan, pelajar2 ini berlatih buat kali terakhir di gelanggang bola tampar dan ketika itu banyak sangat lirik yang salah. "kamu ni berdebar ke?kenapa dah last minit ni byk sangat yang salah?" marah ana pd mereka..mereka akur dan meneruskan latihan. Tibalah masanya yg dinantikan, kumpulan Al-Iman naik ke atas pentas..Subhanallah persembahan yg sangat baik mereka tunjukkan. sehinggakan terdengar ada guru yang mengatakan, "ini barulah namanya nasyid Rasulullah"..Akhirnya kemenangan berpihak pd kumpulan Al-Iman apbl mereka dinobatkan sbg JOHAN nasyid kategori lelaki.Alhamdulillah.

Selepas persembahan nasyid, ana telah menjadi ahli panel ke 3 untuk diskusi remaja. Apabila melihat pelajar2 ana (kumpulan Al-Iman) yang duduk secara teratur di bahagian belakang, idea mencurah2 keluar dan semakin bersemangat ana berdiskusi.


Gembiranya mereka...




0 comments:

 

©2009 NUR ILAHI | by TNB