Thursday, January 28, 2010

UNDILAH CALON "MAHASISWA PENDIDIK"

Hari ini 28 Januari 2009 merupakan hari yg sgt dinanti-nantikan krn pd hari ini adalh HARI PENGUNDIAN. Pemerhati politik upsi menyifatkan bahawa PRK pada kali ini melibatkan persaingan diantara 2 kumpulan walaupun mereka tidak menzahirkan wujudnya kmpln tersebut. Kumpulan trsbt adalah "MAHASISWA PENDIDIK" & "PIMPINAN BITARA". Bangun & bangkitlah semua warga pendidik upsi agar cakna pd politik kampus kt skrg. Undilah calon yg btl2 boleh mmebawa perubahan & mempunyai sifat2 yg ada pd seorang pemimpin. Maka, wajarlah utk mengundi calon2 "MAHASISWA PENDIDIK" yg bukan shj berkepimpinan, berpengetahuan luas malah baik akhlak & tutur katanya.















Sekitar Pilihan Raya Kampus UPSI


ASSALAMUALAIKUM WBT .. kpd shbt2 semua tidak kira yg masih berada di UPSI, yg sedang menjalani latihan praktikum mahupun yang telah bekerja. Bahang Pilihanraya Kampus (PRK) sgt terasa apatah lagi pd 28hb1 merupakan hari pengundian. Baru2 ini, ahlil bait baitul insyirah berkesempatan balik ke tanjung malim utk menziarahi adik beradik yg lain d sana serta menolong sdkt gerak kerja kempen setakat yg kami termampu. Ya ALLAH betapa kami merindui shbt2 seperjuangan kami d sana apatah lagi kolej KUO tempat yg telah mentarbiyyah diri ana ini. Perjalanan dari pantai remis agak jauh yg mana perjalanan kami bermula dr pukul 2pm ttp akhirnya km sampai d tanjung malim lbh kurang pukul 10pm. Perjalanan bermula dgn menaiki bas ke Taiping selama l jam lbh, kmdn ke medan kit mengambil masa 2 jam, strsnya ke medan gopeng mengambil masa 15 mnt. Dan akhirnya dr ipoh ke tg malim memakan masa 2 jam. Perjalanan lbh terasa panjang krn kena menunggu bas yg blm ada pd masa trsbt.Ttp semua itu terasa sgt berbaloi apbl akhrnya dpt sampai ke tg malim. Destinasi yg kami tuju sdh semestinya adlh kolej ana dahulu iaitu di KUO, kolej yg dahulunya dihidupkan roh islaminya oleh arwah shbt kita ustaz Fadhiri dan Faizol. Gembiranya dpt bertemu adik beradik yg lain apatah lagi yg praktikum di Klang, Sg buloh, Pahang, utara perak turut turun padang wlupun jg terpaksa bermusafir jauh. Terharu sgt melihat adik brdk semua krn kita semua berkumpul atas dasr aqidah & ukhuwwah Lillahitaala. Pada mlm trsbt sehingga ke tgh hari keesokannya, mslmt di KUO bertungkus lumus menyiapkan banner calon2 “Mahasiswa Pendidik”. Baju kuning “mahasiswa pendidik” ana & ustzh sakinah telah menyimpan kenangan tersendiri apbl sampi skrg warna hitam yg melekat pd baju trsbt ttp tidak tanggal =).

Seterusnya, pd pukul 12 tgh hari km terus ke kampus & berkampung di depan dewan SITC utk menampal poster calon. Agak ramai shbt2 yg berada di situ & sdkt pun mrk tdk mengenal erti penat wlupn terpaksa berpanas. Ana jg turut kagum melihat kegigihan & kesungguhan calon umum Mahasiswa pendidik iaitu Ustaz Zahar & pengurus calonnya iaitu ustaz Amirul. Team ini sgt kreatif yg mana mereka Berjaya membentuk huruf “Z” yg sgt besar dgn mggunakan poster calon & tpt yg dipilih jg sgt strategik. Tidak krg jg kesungguhan calon2 yg lain spt utz Azrul, utz Amin, Ustzh Atiqah, ustzh Nooranoo yg sendiri turut padang utk menaikkan poster masing2 di sekitar kampus. Tumpuan ana sudah semestinya pd adik tersyg iaitu Herwana Herman yg merupakan junior ana di Kolej Matrikulasi Labuan dahulu & juga mrpkan alumni Surau Al Irfan KML. Herwana bertanding sbg calon Fakulti Sains & Teknologi (FST). Ana, ustzh izyan, ustzh sakinah dll bertumpu di sekitar Bangunan Canselori (BC) dan jg di hdpn SITC. Sgt bersemangat shbt2 ana..

Kepada calon Mahasiswa Pendidik, teruskan perjuangan antum kerana yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama dgn tentera Muhammad. Kepada adik beradik ana yg sedang menjalani praktikum, teruskan munajat & doa kpd Allah smga mata rantai perjuangan tentera Al-Fateh dpt mengulangi kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh yg telah pun melakar sejarahnya dahulu. Kpd shbt & adik2 yg berada di UPSI, ana tahu shbt2 semua telah menggunakan semaksimum tenaga antum. Yakinlah bahawa dlm usaha kita yg ingin membawa kebenaran dan menentang kebatilan, syurga Allah terbentang luas buat para syuhadanya.

SELAMAT MENGUNDI…



Friday, January 22, 2010

Coretan hidup seorang Bakal Guru

Assalamualaikum wbt..kpd shbt2 semua yg dikasihi kerana Allah, maaf krn baru berkesempatan menulis semula setelah bermulanya tarikh Ros dan Praktikum. Ana dan 2 orng shbh lg (ustzh sakinah & ustzh Ain Solihah) Ditempatkan di SMK Dato' Idris, Pantai Remis Perak yg berhampiran dgn Lumut & Manjung. Kami sangat terharu di ats ukhuwwah kita adik beradik dlm medan dakwah yg telah menghantar kami ke Pantai Remis dgn 2 buah kereta. Syukran pd utz Baha, utz Farid, wani dan anjang. Dengan sewa rumah yg sgt murah, RM100 sebulan km menerima seadanya keadaan rumah kami yg terletak berdekatan dgn deretan pokok kelapa sawit yg menghijau. Utz Baha & utz Farid sgt mengambil berat akan keadaan rumah kami. dgn rumah yg berlubang di sana sini & kelihatan dhaif menambah lg keresahan shbt2. Sempat jg gambar kami dirakamkan dgn anjang mmberikan beras Faizah, herba ponni Taj Mahal pd ana seolah2 dlm Program BersamaMu TV3. Kelakar sgt gelagat shbt2ku..beras 2 pun br juga kmi beli di Pasaraya Billion yg terdekat. Air mata berlinangan tatkala shbt2 ingin meninggalkan km ber3 di ceruk kampung, bertambah sebak lg apbl terigatkan ukhuwwah yg terjalin terutama di antara kita adik beradik JF yg skrg ini telah pu melakar sejarahnya. Seorang drpd adik berdk kita telah menjadi asy-syahid. Terkenangkan arwah Fadhiri betul2 membuatkan km sebak..shbt yg spttnya praktikum bersama2 telah pergi menyahut panggilan Ilahi terlebih dahulu.



Syukur ke hadrat Ilahi, krn pengetua sekolah km seorang yg islamik & merupakan kawan kpd ayah supervisor parktikum ana. Pd hari pertama ke sekolah, pengetua telah banyak menasihatkan kami agar membetulkan niat & ketika mengajar harus ada elemen dakwah.

Setelah hampir seminggu ana, ucu dan achik berada di Pantai Remis. Rumah kami telah km namakan sbg "Baitul Insyirah" sempena nama keramat km bersahabat di upsi. tam & uda yg berada di Klang jgn marah ye..nnti cari nama lain je =). Pd setiap malam selesai solat mabhrib, kami akn mengadakan Halaqah sekiranya lapang. Halaqah ini km namakan "DG Insyirah". Sangat bahagia km rasakan, krn bukan kemewahan yg km inginkan tp ikatan ukhuwwah di antara ahlil bait & roh islam di dalamnya..gelak tawa km sering menceriakan suasana..dgn ketiadaan dapur gas & kelengkapan memasak yg lain, km sgt berselera wlupun sekadar berlaukkan sambal ikan bilis. terasa nikmat asalkan dpt bersama ahlil bait tersayang.

Semalam ketika hendak menutup tingkap rumah, terkejut jg melihat 11 ekor cicak yg sedang bermesyuarat di tingkap rumah kami kami =). Banyak sangat & bila dengar mmg terasa geli tp itu jg makhluk ciptaan Allah.yg kelakarnya reptilia 2 telah mmberikan ana idea. Nnti dah start mengajar Biologi @ sains teras di tpt praktikum, ana cdg nak tangkap cicak2, kumbang dan serangga lain yg selalu ada di rumah utk dijadikan bahan experiment d makmal. klu x pun, blh jg dijadikan specimen utk ditunjukkan pd pljr klu haiwan 2 mati nnti. seronoknya jd cikgu sains.kpd shbt2 di UPSI, dtglah berkunjung ke "Baitul Insyirah"..Tarbiyyah Ruhiyyah & Jasadiyah.




(ahlil bait, baitul INSYIRAH)

Thursday, January 14, 2010

Pergimu tak kembali

Pada 11/1/2010 yg lepas bersamaan 22 Muharram 1431H, kami sahabat2 dikejutkan dgn berita pemergian 2 org shbt kami ke Rahmatullah, Allahyarham Mohd Fadhiri bin Mohd Ariffin dan Allahyarham MohD Faizol bin Abdul Syukor. Al-Fatihah kami sedekahkan selain doa yang kami panjatkan kpd shbt2 ini yang hidupnya dahulu dengan perjuangan utk meneruskan kesinambungan dakwah di kampus UPSI.

(ARWAH MOHD FADHIRI)

(ARWAH MOHD FAIZOL)

Kesedihan & kepiluan sangat dirasa kerana ana & beberapa org sahabat lain baru sahaja berada pd train yang sama daripada Kedah ke Tanjung Malim. Sblm kejadian, kami telah bertolak ke Kedah untuk menziarahi sahabat kami di sana krn ayahnya sakit selain menziarahi shbt2 lain di sana memandangkan kami akan menjalani latihan praktikum x lama lagi. masa yg ada kami manfaatkan utk berziarah. Semasa balik, arwah fadhiri yang dari Penang menziarahi adiknya menaiki train bersama kami. Arwah sering kelihatan dgn selendang hijau. Pada malam 11hb itu, arwah yg duduk di sblh utz Baha telah memberikan selendang hijau itu kpd utz baha wlupn ketika itu arwah jg sedang kesejukan. Sampai shj di stesen keretapi tg malim, kelihatan muslimin hendak mengambil gambar. Ketika kami lalu hendak menuju ke kereta sapu, terdengar suara arwah mengatakan "betul ke kita nak bergambar ni?". kami mslmt langsung x mempedulikan mslmn ketika itu malah terus shj masuk dlm kereta. Sampai shj di Bait Azzahra, dgn keadaan yg msh keletihan, kami dimaklumkan bahawa ustaz Fadhiri & Faizol telah kemalangan.

Kmdn ahli Bait Zahra bergegas ke tempat kejadian, Tp Allah lebih menyayangi Arwah Mohd Faizol yg mana arwah telah meninggal dunia di tempat kejadian. Diceritakan oleh muslimin, mereka dgn 6 buah motor termasuk akh faizol telah bertolak dr kolej KUO dan rumah sewa utk mengambil 6 org muslimin yg baru sampai di stesen keretapi. Utz Faizol telah membonceng utz Fadhiri dan ketika itu 5 motor lain berada di hadapan. Ketika di simpang 4 & ketika itu lampu merah, 5 motor trsbt telah berhenti ttp motor yg dipandu akh Faizol terus meluru laju ke hdpn dan ketika itu jg sebuah lori telah melanggar mereka. Utz Faizol mendpat hentakan di kepala & tergolek2 di atas jalan raya manakala utz Fadhiri terpelanting ke belakang. Kejadian trsbt berlaku di dpn mata shbtnya yg lain."Allahuakhbar"..salah seorang shbtnya sempat mengajar utz Faizol mengucap "LAILAHAILLALLAH".. arwah sempat menyahut dan terus menghembuskan nafas yg terakhir. Ketika itu utz Fadhiri pula dlm keadaan parah dan terus dikejarkan ke Hospital Slim River.

Tangisan kedengaran di Bait aZzahra & mslmh lain saling berpelukan tak tahan menahan sebak, di satu sudut kedengaran bacaan Yasin dan Ayat2 Allah, di sudut lain ada shbt yg sedang menunaikan solat hajat utk mendoakan kesejahteraan keduanya. Selesai solat subuh, kami menyewa kereta & bergegas ke Hospital Slim River. Setibanya d sana, kelihatan utz Fadhiri yg dalam kedaan parah berada d dlm ambulance. Bbrp kali dia cuba membuka saluran oksigen yg menutupi hidung dan mulutnya & ketika itu kami x tahan menahan tangis tatkala melihatnya dlm kesakitan. Ambulance kmdn memindahkan utz Fadhiri ke Hospital Teluk Intan. Kmdn kami menjenguk ke bilik mayat dan ketika itu Allah mmberikan kami kesempatan mlht wajah arwah Faizol dr dekat. MASYA-ALLAH, wlupn mndpt hentakan dan kemalangan yag tragis, muka arwah masih terpelihara & kelihatan sgt tenang. ketika itu arwah memakai T-shirt kelab surau KUO berwarna hijau. Baju itu jg adalah rekaan arwah Fadhiri.

Kmdn, km bergegas balik utk membawa pakaian yg secukupnya krn slps itu, kami bercadang terus menuju ke Hospital Teluk Intan dan terus ke Kelantan. dlm 10.30am, kami yg ketika itu sedang bersiap2 dikejutkan dgn berita kematian Arwah Fadhiri.YA ALLAH..hanya tangisan yg kedengaran. Kami segera pecut menuju ke Hospital tp shbt2 meminta kami menunggu utk solat jenazah utz faizol di surau Al-Falah terlebih dahulu. Selesai solat jenazah, kami menyewa kereta & sebanyak 6 kereta yg konvoi menuju ke kelantan. Tiba saja di Tanah merah pd mlm 12hb, kami sempat melihat arwah fadhiri ketika kerandanya dibuka d hadapan keluarga, menyolatkan jenazah & Alhamdulillah sempat menziarahi kubur arwah di tanah perkuburan islam jajahan tanah merah pd hari berikutnya. pd 12hb jg, km telah menuju ke rumah arwah Faizol di Pasir Mas dan menziarahi kubur arwah.




(2 GAMBAR DI ATAS MENUKKAN ARWAH FADHIRI DAN FAIZOL SEMPENA PERJUMPAAN PERDANA KELAB SURAU KUO)

Hati mana yg x dirundum kesedihan apatah lagi setelah sekian lama bergerk kerja bersama dgn kedua2 arwah di Kolej ungku omar upsi dlm Kerohanian & kelab surau. meeting bertabir dan program di dewan kuo adlh rutin bg penggerak kerohanian di kuo. Arwah Fadhiri & Faizol kedua2nya merupakan mantan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) dlm exco kerohanian. Kmdn arwah Fadhiri memegang jawatan sbg Timb. Bendahari yg mana En. Raizol selaku Pen Pengurus Asrama mengakui arwah adlh seorang yg amanah ketika mana arwah difitnah pd PilihanRaya Kampus tahun lepas. Arwah Fadhiri jg memegang amanah sbg Naib Pengerusi Kelab surau selain sgb Timb. Presiden Persatuan Pendidikan Islam (PPI). Arwah Faizol pula pernah memegang amanah lain sbg pengerusi kelab surau semasa hayatnya. Sahabat2, smga dgn perginya 2 org syuhada' ini, tak melemahkan kita sebaliknya kt mengambil roh semangat mereka utk terus menegakkan dakwah islamiyyah. Bersyukurlah kt krn 2 org shbt kt ini pergi dlm keadaan sudah selesai urusannya dgn Allah. Kita pula bagaimana nnti?? AL-FATIHAH...

Shbt2 yg mengenali arwah boleh menziarahi blog khas utk arwah: http://alfatihah-mohdfadhiri.blogspot.com/

Thursday, January 7, 2010

Operasi tahun baru GAMIS di Dataran Merdeka KL


Pada 31 Disember baru-baru ini, GAMIS telah menganjurkan operasi sempena sambutan Tahun baru. Kehadiran lebih 600 mahasiswa daripada pelbagai kampus pada malam tersebut membuktikan bahawa mahasiswa mempunyai sensitiviti bermasyarakat di samping tanggungjawab sebagai da'ie.

Operasi pada malam tersebut bukanlah untuk menghukum mana-mana pihak, akan tetapi ingin menunjukkan semangat mahabbah GAMIS kepada anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan Malaysia pada masa akan datang. Operasi kita pada malam tersebut adalah semata-mata menunjukkan sikap dakwah kita seperti kata al-Banna dalam wasiatnya iaitu, "asas dakwah kita ialah kasih sayang".(http://tintaduat.blogspot.com)

Program ini bermula di masjid Jamek yg mana Mahasiswa dari pelbagai IPTA/S telah berkumpul untuk menunaikan solat hajat secara brjmaah. Tahniah kepada GAMIS dan sahabat mahasiswa kerana operasi ini dianjur dgn jayanya. Air mineral dan 'book mark' telah diberikan pd mahasiswa untuk diedarkan kpd orang awam. Suasana ketika itu sudah tentu amat mencabar bagi muslimat yang mana sangat ramai ragam manusia terutama remaja lelaki yang menggayakan fesyen terkini dgn suasana yg menyakitkan mata. Walaubagaimanapun, muslimin yg tidak berada jauh selalu berjaga2 atas segala kemungkinan.

Setelah selesai solat di masjid jamek, kepimpinan GAMIS pusat telah memberikan taklimat. Operasi bermula dari masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka. Suasana yg paling mengharukan adalah ketika mahasiswa betul2 berada di tengah2 dataran merdeka yg mana ketika itu muslimin membuat satu bulatan besar dan muslimat berkumpul di dalam bulatan tersebut. Kemudian pimpinan muslimin GAMIS masuk ke tengah2 bulatan muslimat. Ketika itu muslimin di luar bertindak sbg pertahanan pertama dan muslimat sbg pertahanan kedua,ketiga dan seterusnya. Sebak perasaan tatkala Presiden dan timb pres GAMIS membrikan ucapan, apatah lagi ketika laungan "ALLAHUAKHBAR" dilaungkan oleh semua mahasiwa yg seolah2 ingin menutupi suara Ratu dan Raja Rock Malaysia di atas pentas Dataran. Masha-Allah..Betapa agung kuasaMU YA ALLAH.

Semoga negara Malaysia pd tahun 2010 ini lebih kehadapan dr sudut akhlaknya bersama pimpinan negara yg berakhlak Islam.InsyaAllah..





Bismillahhirahmannirahim
Selawat dan salam ke atas junjugan mulia nabi kita......
didalam hadis nabi ada menyebut iaitu :-
Akan datang keatas umatku suatu zaman yang mana zaman itu islam hanya pada nama, al-quran hanya pada tulisan dan masjid mereka megah tetapi kosong dari petunjuk allah..

Apabila kita hayati kata baginda ini, kita boleh mengaku keagungannya kerana nabi boleh mengetahui zaman akan datang. Inilah salah satu mukjizat Rasullullah s.a.w yang dikurniakan oleh Allah.

Maksud nabi ialah umat aku akan datang pada suatu hari nanti yang mana Islam hanya pada nama iaitu umat Islam tidak lagi melakukan amalan dan tanggungjawab dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah tetapi lebih kepada kemurkaan kepada Allah. Kalau kita kaji pada masa sekarang ramainya umat islam yang lalai dan leka dengan permainan dunia. Apabila ini berlaku maka benarlah apa yang dikatakan oleh rasullullah sejak 1400 tahun yang lalu, Allah berfirman dalam Al-Quran :-
Wahai orang yang beriman masuklah kamu dalam Islam dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan.

Monday, January 4, 2010

pernikahan di atas jalan Dakwah

Cuti semester baru2 ini cukup bermakna dirasa walaupun hnya sempat berada di Tawau bumi tarbiyyah 3 minggu shj. apa tidaknya, sgt banyak undangan perkahwinan yg ana terima. salah seorang darinya adalah kak sepupu ana sendiri yg menyambut hari bahagianya pd 5hb12 yg lepas. Pada tarikh yg sama juga, kak Aminah soga (ketua perhubungan awam Nisa' Sabah) dan juga akhi Adib mengadakan walimah mereka. Ana bersama2 shbh muslimah 87 yg lain (ukht syaf, nani, widia, Ruhana dan santi) dan bersama rombongan guru PASTI terus berpakat untuk datang ke kedua2 kenduri.

WALMAH KAK AMINAH & AKHI ADIB

WALIMAH KAK SEPUPU

Selain tu, pd 12hb12 ada 3 pasangan yang telah berbaitul Dakwah. kak Norhayati & akhi Irwan, Kak suriati & pasangan dan kak Halida & akhi kama'.Kesemua mereka telah mendirikan rumahtangga atas dasar dakwah. Perjalanan muslimah 87 bermula dgn pertemuan d pusat bandar Tawau & terus ke rumah kak Norhayati. Setibanya di sana, kakak2 dan sahabiah Nisa' Tawau sudah berada d situ. tak lama kmdn individu yg menjadi tunjang unit Amal juga tiba. Meriah sangat keadaan di situ dengan majlis yang penuh barokah dgn alunan lagu menyejuk jiwa.

Kira2 pukul 3pm kami menaiki kereta kak Jum ke majlis kak suriati yg jg berampiran rumah ana. Ketika itu, nampak keceriaan di wajah kak su tatkala menerima kunjungan kami.kak su kata suaminya seorang lecturer di labuan dan pernikahan mereka lbh kpd perancangan kedua belah keluarga. Dah dekat nak maghrib, kami tergesa2 menuju ke walimah kak halida yg x jauh dr rumah kak su. memanndgkan dah dekat maghrib,kak halida dan akhi kama' dah masuk ke rumah.Tp Alhamdulillah dpt jg kami berjmpa kak halida wlupun ketika itu dia x lg berpakaian pegantin. Terpacar seri di wajah wlupn tanpa secalit bedak. itulah kacantikan asli seorang wanita solehah kan akak.

WALIMAH KAK NORHAYATI & AKHI IRWAN

WALIMAH KAK SURIATI

WALIMAH Akhi Kamaruddin Rapi (Ex Presiden Marsis 06/07) & Ukhti Halidah Untong
(Ex Timb.Presiden Marsis 07/08)

teringin nak ada blog sendiri

kata-kata ini sering ana katakan pd sahabiah2 tp entah mengapa tetap x berjaya merealisasikan impian tersebut. Alhamdulillah Allah memberikan ana ilham pd pg ini, yg mana selesai shj bertemu kekasih yg kekal abadi di subuh hari yg hening, tiba2 ana duduk di hadapan laptop dan explore cara-cara membuat blog. wlupun br d peringkat awal tp ana berdoa semoga blog ini menjadi salah satu medium dakwah selain dpt berhubung dgn shbt2 lain d luar sana. sesungguhnya pengalaman ini sgt manis..
 

©2009 NUR ILAHI | by TNB