Friday, February 26, 2010

Srikandi Al-Fateh beraksi di padang....

 kelihatan ustzh sakinah yg memberi sokongan...

Dianugerahkan pingat perak larian pegawai wanita 

pada 25hb2 (khamis) baru2 ini, smk Dato' Idris telah mengadakan acara sukan tahunan kali ke-38. sebagai guru praktikum sudah tentu ada banyak tugas yg diberikan.pd 24hb ptg, tiba2 kak habibah yg praktikum bersama2 ana dtg berjumpa ana dlm keadaan agak kalut."laila, ada berita tergembar..esok kita kena lari untuk sukan",kata kak bibah."betul ke ni kak?x pernah2 sy ikut lari pecut sepanjang sekolah dulu. sy x nak join kak",jawab ana kerisauan...geram jg rasanaya, seolah2 ada guru lain yg saje menulis nama kami utk bertanding acara larian 4x50m pegawai wanita. Akhirnya, nak x nak kami sahut cabaran tersebut...

pada pg sblm acara sukan bermula, km telah pergi makan di kantin, ketika itu ada beberapa org guru lelaki berada di situ.salah seorang adalah suami kpd kak pah iaitu guru permpuan yg sgt baik dgn kmi."cikgu2 praktikal makan banyak2,kejap lari nak lari",kata salah seorang drpd mereka.."iya i'Allah nombor 1", jawab ana. ntahlah kenapa, firasat kami kuat mengatakan bahawa guru2 itulah yg telah mengenakan kami. km xpelah,x baik tuduh tanpa bukti kan.ada jg guru2 lain yg bergurau.."kalau kami yg beranak 5 ni boleh lari laju drpd guru praktikal x tahu la kan", sambil ckgu 2 tersenyum.membara jg rasa hati tp yg ptg kena buktikan. masa yg dinantikan telah tiba, ustzh sakinah sbg pelari pertama,kak ja pelari kedua, kak bibah ketiga & ana pelari terakhir utk kmpln kami.Finally, we are one of the winners!!! kami mendapat pingat perak utk acara peawai perempuan. ketika itu mmg riuh padang dgn sorakan pelajar yg sdh semestinya menyokong guru2 praktikal. iye ke? =)

Apa yg paling ptg adalah kami dapat memuktikan bahawa kami tetap boleh berlari laju wlupn bertudung besar, berbaju labuh sptmn yg dianjurkan syariat..x bermakna berpakaian mendedah sana sini sahaja boleh berlari dgn laju. maklumlah, sgt jarang atlet2 yg menutup aurat ketika sedang berada di atas padang. Seronok rupanya bilamana srikandi2 membuktikan kebolehan berlari, wlupn mujahid2 Al-Fateh (akh baha,akh malek & utz zul yg praktikum di kuantan) dah reti menunggang kuda, srikandi2 Al-Fateh juga x tertinggal ke belakang..kpd uda,tam & alang (sahabiah praktikum di Klang), buktikan pd mujahid2 ni yg kt jg boleh ye..Takbir!! =)


islamic borneo jamboree' 10 (IBJ)

 
pada 12-15feb 2010 yg lepas, MARSIS (markaz siswa siswi islam sabah) under MARSIS training & services telah menganjurkan prigram Isamic borneo jamboree '10 bertempat di Kem Semanggol janda baik pahang dgn jayanya. prgram ini berjaya mengumpulkan lbh kurang 100 org mahasiswa  sabah srwk yg belajar di IPTA/S semenanjung Malaysia. syabas!... ana telah dimaklumkan mengenai prgram ini lebih awal ttp Allah hanya mengizinkan ana utk datang sekejap sahaja iaitu pd 13hb ptg dan 14hb ptg jg ana meminta izin utk balik kerana perlu balik segera ke tanjung malim. Pada awalnya, ana tidak dpt pergi ke prgram ini berikutan byk perkara yg perlu diselesaikan dlm masa yg sama tp Alhamdulillah Allah masih memilih ana utk berada di program yg baik spt ini. 

Gambar di atas ana ambil drpd blog akh Kamsar di UTM, yg jg mujahid daerah tawau yg berada di semenanjung.kak minta izin amik gambar ni ya dik...

Ya Allah betapa seronok & gembiranya tatkala berada di prgram IBJ baru2 ini.walaupun ana dtg sbg seorang fasi ttp ana bersyukur krn dpt berjumpa dgn shbt2 drpd UM (kak ruzita,kak nor, dayang, salmah dll) UKM (majita), UTM (kak nani dan adik2 yg lain) yg mana sahabiah ini sudah lama menjadi pendokong & berprogram bersama2 MARSIS. ketika ana sampai pd 13hb ptg, sgt terharu bila mana shbt2 sgt mengalukan kehadiran kami drpd upsi wlupn muka kami ni tebal berlapis2 dah disebabkan malu dtg lewat. ana selaku kakak di upsi bersama 4 org adik2 sabah (lasmi,fida,lela,niza) akhirnya sampai di janda baik dlm pukul 6pm yg mana ketika itu sedang diadakan aktiviti riadah. "macam kenal jak  bah..lamanya x jumpa kau laila..makin besar pula ku tengok" kata kak nani shbt ana di tawau yg kini bljr di UTM. "kak, malu bah lambat kami sampai..mana ada besar ni kak, baju jak ni yg besar mgkn" jawabku..apbl ana masuk ke bilik penginapan fasi, kelihatan shbt2 UM ada di situ..."laila, nti seorang jak ka fasi dr upsi? dorang c syaf, aisyah mana?", tanya shbt.."erm..dorang semua bz dgn proposal utk projek tahun akhir, ana sorang jak la ni. 2 pun ana x dpt dtg awal sbb tpt prtikal ana jauh di utara perak",jawab ana. "xpa2, yg penting ada pelapis2 yg kamu tinggalkan ya", jawab shbtku lg..."iya iya la, itu confirm..." jawab ana lg.

Wlupn hya sehari mengikuti prgram ini,ttp prgram dakwah orang asli yg diadakan pd 14hb pagi (ahad) sgt menyentuh hati ana sehingga kini.prgram yg bermula seawal 7.30am dgn membersihkan kwsn balairaya, kemudian ucapan drpd ketua kampung penduduk berkenaan. setelah itu adalah operasi menjejaki kanak2 org asli krn target prgram ini adlh kanak2. peserta prgram ini telah dibahagikan kumpulan masing2 yg mana setiap kumpulan ada task tersendiri.ada kumpln yg kena mengajar adik2 ini membaca,ada yg kena mengajar menulis dan ada juga yg diamanhkan utk menjayakan sukaneka. sgt kreatif peserta2 program. apbl kanak2 org asli sampai, masya-Allah comelnya mereka..kecil2 dan handsome2 belaka =). adik2 ini pun dibawa ke balairaya. kmpln pertama bersedia dgn permainan rebut kerusi dgn dendangan lagu2 ringan mengenal Allah, adk2 ini sgt gembira dan riang. adik2 org asli ini ada yg beragama islam, kristian & ada jg yg xda agama. kmdn peserta prgram mengajar adik2 ini membaca alif, ba, ta. acara terakhir ialah permainan sukaneka yg smestinya menarik minat adik2. ibu bapa mereka yg memantau dr jauh jg kelihatan suka dgn geagat anak masing2..di akhir prgram bersama penduduk orang asli ini, kamu telah merakamkan bbrp keping gambar sbg kenangan prgram.sunguh..IBJ sgt BEST!! tahniah kpd semua AJK pelaksana...

antara aktiviti yg sempat ana rakamkan:
 
mari melukis...

bersam para peserta & adik2
  
apbl kita semua bertemu....macam berada di sabah rasanya.


Thursday, February 18, 2010

Happy Birthday- ukhti Izyan syamimi

 
Selamat Hari Lahir diucapkan buat sahabat seperjuangan ana di UPSI, ukht Izyan Syamimi bt Abdullah. Pada hari ini, 18hb2 genaplah usianya 23 tahun. Ukhti izyan yg jg merupakan pljr  tahun akhir di UPSI merupakan teman suka duka ana di dalam kelas & persatuan. Dengan membawa imej muslimah, sdh tentu kelihatan 'special' di kalangan pelajar2 opsyen sains. Membawa imej 'ustazah' sdh tentu memerlukan kekuatan utk terus istiqomah memandangkan kursus Biologi yg kita ambil memerlukan kt untuk lasak keluar masuk hutan & sebagainya. Alhamdulillah adanya enti,ukti Hafizah, umirah & mas Haliza telah menghidupkan roh islami di dalam kelas kita. Bukankah itulah pakaian sebenar bg seorang muslimah?.Walau dlm keadaan apa pun dan di mana sekalipun, Islam telah ada garis2 panduan dlm hijab seorang wanita muslim. Di kesempatan ana berpeluang menulis warkah ini sbg tanda rindu & sayang pd enti bersempena hari kelahiran nti. Syukran shbtku krn nti telah banyak membimbing & menasihati shbtmu ini sehinggalah ke saat ini. Selamat Hari Lahir ana Ucapkan...

Tuesday, February 16, 2010

walimah shbt tersayang- warkah buat ukhti Rosdiana bt Iskandar

 
ukhti Rosdiana & suami (persalinan putih)

 
Pd 15hb2 2010 merupakan tarikh keramat buat shbt baik ana di tawau. shbt ana Rosdiana iskandar telah memeterai janji setia dalam ikatan yg sah di sisi agama melalui ikatan perkahwinan bersama pasangannya. Sedih dan gembira ana rasakan tatkala melihat foto perkahwinan nti melalui facebook kak lidya. Ana minta maaf kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyaksikan nti di hari bahagia. shbt ana ini telah telah mengadakan walimatul urus serentak dgn abg kandungnya. Majlis perkahwinan 2 pasang sgt meriah dan penuh barokah dgn kunjungan shbt2 Jemaah kawasan tawau terutamanya dari unit amal, kakak2 Nisa' tawau & negeri.

Tempoh persahabatan kita sgt panjang bermula sejak zaman kanak-kanak lg (darjah 3) di sk tanjung batu tawau. ketika itu kita selalu bermain bersama2 di rumah nti. kmdn, Allah takdirkan kita sekelas lg semasa sekolah menengah di smk pasir putih tawau.Selama 3 thn kita duduk bersebelahan di meja plg hadapan (dpn meja guru) & ketika itu kt sekelas dgn satriani, ruhana dan widia. ros,laila, satriani & ruhana menjadi shbt yg sgt baik kan sehinggakan ibu bapa kita maklum ttg persahabatan ini. ingat x shbt, kita ber4 pernah mengambil gambar bersama2 di highway & kita tekad menyatakan "kita tengok ya siapa yg akn kahwin plg awal, nnti jgn lupa jemput2", akhirnya shbt kt satriani juga yg menang & sekarang sdh ada seorang baby yg comel.


smbg crta, slps PMR kita membawa haluan masing2 apbl ana memilih utk masuk ke aliran sains tulen d smk kuhara tawau manakala nti di smk abaka. ketika itu nti, ukhti syaf, widia, santi, ruhana telah join PERPPIS dan menjadi pimpinan PERPPIS tawau. ketika itu ana dan nani tidak mendapat tarbiyyah secara langsung drpd tanzim sekolah itu. ketika mana ana tinggal di asrama smk kuhara, nti yg sibuk berprogram di sekolah ana kerap mengajak ana. ketika itu blm lg terbuka pintu hati ini untuk mengikuti program2 sedemikian rupa.walaupun 2 org mak saudara ana merupakan pimpinan DMP kwsn twu & mrpkan penasihat NISA' tawau, ttp mak saudara ana sendiri tdk berjaya memujuk ana ke program.sungguh benar bahawa iman itu tidak dpt diwarisi spt mana lagu iman mutiara dendangan kmpln Raihan .taufiq &  hidayah Allah blm ana terima ketika itu. Segalanya bermula apbl ana masuk ke kolej matrikulasi labuan yg mana ketika itu ana berkenalan jg dgn ukhti rosnani di surau Al-Irfan. ketika itu nani yg mrpkan shbt baik kpd ukhti syafrina & ukhti syaf pula rapat dgn nti. Bermula dr situ, bermulalah perubahan pd diri ana dan ana mula mengikuti program2 bersama shbt muslimah' 87.

Ukhuwwah kita muslimah' 87 (laila, syaf, ruhana, widia, rosnani, susanti, rosdiana, firawaty) sgt erat sehinggakan kita akan rasa kekurangan jika ada seorang yg tdk ada. beraya, berjalan-jalan, berziarah, berprogram & suka duka semua bersama2. di antara kita jg selalu kata " siapa lah yg akan kahwin dulu ni", skrg sdh terjawab- ukhti rosdian a yg menang. kami yg lain pula..ehem2 insyaAllah akan mengikuti jejak langkah nti jg. Selamat pengantin baru ya shbtku, Rosdiana Iskandar..jadilah isteri yg solehah kpd suamimu. Doakan jg la shbt2 nti yg lain ni ya spy cepat2 mnyempurnakan sebahagian lg drpd tuntutan agama spt mana nti =)

 
muslimah' 87
depan: rosnani, widia & rosdiana
belakang: laila, syaf, santi & ruhana

semoga ukhuwwah yg terjalin antara kita akan berkekalan selamanya....

Tuesday, February 9, 2010

Selamat Hari lahir ustzh Ain solihah

(Inilah hadiah yg ana & ustzh sakinah berikan pd ustzh Ain sempena hari kelahirannya)

4hb baru2 ini genaplah 23 tahun umur shbt ana, ustzh Ain solihah.Pd awalnya ana & sakinah bercadang nak buat surprise party tp x kesampaian apbl tiada kedai kek melayu yg ada di pantai remis ni. Tak sanggup nak beli kek dari kedai bukan muslim. Pada mlm 4hb, ana & sakinah keluar menaiki motor ke pekan semata2 nak mencari hadiah & membeli kek buat shbt kami ini. Wlubagaimanapun, kami hnya mampu meraikan dgn seadanya shj. Pd 4hb, kami sengaja buat tak tahu ttg "birthday" Ain sehinggakan spt tiada apa2 persediaan. Kmdn apbl Ain & sakinah balik dr sekolah ptg, ana hampir kantoi jg yg mana ketika itu sedang menyediakan kertas pembalut hadiah. "andak nak buat apa ni?", tanya sakinah pd ana. ana pun kata nak prepare ABM utk pengajaran akan dtg =). Kmdn pd malamnya, sakinah mgajak Ain utk keluar membeli burger hanya sbg alasan sebab ana perlu masak sdkt apa yg perlu dan Ain x boleh tahu apa hidangan yg bakal disajikan. Bila mrk keluar, ana yg sememangnya x berani duduk di rumah sorang2 waktu mlm terketar juga la. Ana sempat kata lagi sblm mrk jalan, "sblm kahwin nanti mcm nak tetapkan jer syarat yg jgn sesekali tinggalkan ana sorang2 di rumah pd waktu mlm. Klu tidak, kejap lg xda dah dalam rumah. Rupanya ada di rumah jiran.." he2 sempat lg ana bergurau masa 2.

Kmdn ana pun masak apa yang patut, tak pandai sgt pun masak tp latihan utk menjadi isteri solehah kan =). Apbl Ain dan sakinah dah balik, bermulalah misi kami. sakinah pun memadamkan lampu dan spt biasalah, ana keluar dr dapur membawa hidangan beserta sebatang lilin pd atas tin minuman glucose. Itu je la yg ana di rumah kami. wlupn serba kekurangan tp ia ikhlas dr dalam hati kami. Nampak yg Ain sgt gembira ketika itu dan ain kata yg setiap org nak buat surprise utk dia mesti x jadi. Dia boleh detect..Rupa2nya Ain dah detect masa ptg 2 yg ana tgh balut hadiah. Patutlah bila ana keluar dari bilik je slps bgkus hadiah 2, namapk Ain tgh senyum2 sambil tutp tingkap. Ingatkan senyum kat anak tuan rumah tadi =). Apa pun, Happy Birthday 2 u Achik..Lps ni, buat la surprise party utk birthday andak bln 4 nnti ya. andak nak hadiah special 2.....



Tuesday, February 2, 2010

dari pena seorang pendidik

Assalamualaikum wbt kpd shbt2 dan adik beradik ana yg berada di upsi. di kesempatan ini ana ingin berkongsi sdkt cerita tentang pengalaman ana setelah 2 minggu lebih berada di sekolah. wlupn sekolah ini d luar bandar & dgn sejujurnya ana mengatakan bhw ana sgt menyayangi sekolah ini & pljr2nya. Kebanyakan pljr di sini adalah orang yg susah sehinggakan ramai diantara mereka yg terpaksa bekerja sambilan setelah plg dr sekolah semata2 ingin menampung biaya pembelajaran mereka. Sedih sgt...Pd 2 minggu yg lepas, ana bersama utzh sakinah & Ain solihah telah menggunakan makmal komputer yg dilengkapi pelbagai kelengkapan pengajaran, bilik mesyuarat & bilik tayangan utk menjalankan sesi motivasi kpd pljr. Sesi ini kami jalankan pd masa relief & pd masa relief tidak sesekali kami persiakan sebaliknya kami berusaha mendapatkan video2 & modul2 drpd shbt2 yg lain utk memberi kesedaran kpd pljr sekolah ini. Kesian sgt melihat pljr di sekolah ini yg keletihan pd waktu pagi, tiap kali relief mesti mereka kelihatan mengantuk memandangkan ada diantara mereka yg kena bekerja pula apbl balik dari sekolah. Ketika sesi motivasi tersebut, kami telah menjalankan sesi ESQ (emotional, spiritual Quotient)dgn penuh bersemangat. Kami selalu pasakkan dalam diri kami bertiga bahawa kami membawa satu agenda dakwah ke sekolah & bukan praktikum semata2, kami perlu membuat sesuatu perubahan pd diri pelajar & jg sekolah. betapa ruginya kami sekiranya hbs praktikum tanpa menyumbang apa2 pd pelajar. Target kami adlh gred "A" praktikum & pd masa yg sama agenda dakwah bil lisan & dakwah bil Hal seiring. Alhamdulillah, slot2 motivasi yg kami jalankan telah melembutkan hati2 kebanyakan pelajar, seorang demi seorang drpd mereka menitiskan air mata, seorang demi seorang menyalam & mencium tangan kami. saat plg ana tdk boleh lupakan adalah ketika mana, pljr lelaki menangis & membuang egonya & ketika pljr2 ana mengucapakn "terima kasih ustazah"...walaupn pd hakikatnya ana seorang guru sains.

Slot motivasi yg kami jalankan sblm ini kebiasaannya dimulakan oleh utzh sakinah utk introduction of ESQ & tayangan video "ESQ flying eagle", seterusnya utzh sakinah menyentuh ttg akademik dgn mggunakan video "crackered pot". Seterusnya diambil alih utzh Ain solihah yg byk meneyntuh ttg sahabat & ibu-bapa & inilah yg plg meneyntuh hati para pelajar. Kemudian ana mengambil alih dgn menayangkn video ttg kasih ibu dan ayah & mengulas ttg pengorbanan ibu bapa & sejauh mana jasa kita pd ibu bapa. berambah mengalir air mata pljr2 kami. ttp bkn itu shj yg kami harapkan, kami mendoakan agar pelajar kami itu istiqamah utk melakukan prbhn. mudah2an iar mata mereka yg mengalir turut menggugurkan dosa2 mereka. Amin Ya Allah..

Pada minggu ke-3 ini, shbtku Utzh sakinah & Ain solihah sdh mula mngajar sesi ptg, tinggallah ana seorang mngajar pagi. wlupn ana x dpt bersama mrk di sesi persekolahan tp ana ttp bersyukur krn dpt berjumpa pljr2 yg ana sayangi (form 3-5). Pljr2 ana besar2 semuanya, lbh besar dr cikgu & pernah sekali mereka tdk menghormati ana krn tahu bhw ana hya seorang guru pelatih. Tp Alhamdulillah kini mereka sdh semakin baik apbl smlm ana masuk semula ke kelas mereka utk subjek Pendidikan Islam mggantikan seorang utzh. Kesempatan itu ana ambil dgn menjalankan sesi muhasabah di dlm kelas & membina hubungan baik dgn mereka. Ketika itu, bbrp org pljr ana yg hidupnya susah kelihatan byk mendiamkan diri & sesekali kelihatan air mata mereka yg bergenang. Di akhir kelas, ana telah memperkenalkan mrk ttg "zikir al-Mathurat" hasil susunan asy syahid imam Hassan Al-Banna. mereka kelihatan kagum bilamana ana memberitahu ttg kelebihan membaca zikir tersebut. Kemuadian, apbl loceng berdering, ana meminta pljr2 ana bangun & minta mereka mengaminkan doa Rabithah yg ana baca beserta maksudnya. Alhamdulillah..pljr2 ana sgt menyukai Doa trsebut. Setelah itu, bbrp org dtg berjumpa dgn ana & meminta ana utk menulis semula doa td beserta terjemahannya. Sebaliknya, ana telah menghadiah senaskah zikir "A-Mathurat" pd pljr trsbt pg td. Ya Allah suka sgt bila melihat pljr ana gembira..bukankah ini jg adalah dakwah?..bg kami ahlil bait, baitul Insyirah, km x tertinggal utk membaca Doa Rabithah stlh selesai solat, mudah2an Allah melembutkan & membina iktan hati antara kami dgn pljr2 yg sgt kami sayangi.Perkenankanlah..

 

©2009 NUR ILAHI | by TNB