Thursday, March 25, 2010

Mengemudi ke alam rumahtangga

Walimah ustaz Nizamuddin dan ukhti khairul Bariyah
18 Mac 2009


Perkahwinan dan Kasih Sayang
Hubungan kasih sayang antara suami isteri adalah di antara tanda-tanda kebesaran dan rahmat yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kaum manusia. Allah swt telah berfirman dalam Surah al-Rum 30:21:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Al-Qur'an menganggap perkahwinan sebagai "perjanjian yang kuat" (Surah an-Nisa 4:21 ) dan ayat di atas mengajar kita bahawa ia adalah berasaskan perasaan kasih sayang dan kebaikan hati. Kesejahteraan rumahtangga timbul dari sikap saling hormat-menghormati, berlaku adil, bertolak-ansur dan berbelas kasihan antara kedua-dua pasangan perkahwinan itu.

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh pasangan yang berkahwin. Demi melindungi hak serta memerabatkan kedudukan isteri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad, "Takutlah kamu kepada Allah dalam menghadapi wanita, kerana kamu menerima isteri berdasarkan amanah Allah".

Thursday, March 18, 2010

~:: Happy graduation day ::~

Monday, March 8, 2010

InsyaAllah yg terbaik!!!

Hari ini 8 mac 2010 telah diadakan sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. kami guru praktikum telah diamanahkan utk menjadi AJK persembahan. tidak sampai seminggu tempoh yg diberikan kpd kami untuk melatih para pelajar. Penolong kanan pula inginkan kelainan yg x mahu setiap kali smbtn adlh persembahan nasyid. mereka meminta kami membuat satu perubahan dan kami jg diminta utk terlibat sekali dlm persembahan tersebut...Berbekalkan sdkt pengalaman yg ada ketika berpersatuan di UPSI kami menggalas tugas tersebut. kami telah sepakat utk membuat persembahan lakonan yg diiringi muzik2 dan sajak.

Bertemakan negeri padang pasir, km telah mereka satu jalan cerita yg mengisahkan 3 zaman iaitu zaman jahiliyyah, zaman kelahiran Rasulullah & zaman perubahan. Zaman jahiliyyah dimulakan dgn scene exploitasi wanita, perbalahan kabilah & peperangan, arak yg berleluasa & pembunuhan anak perempuan. Zaman kelahiran km persembahkan deklamasi sajak dgn iringan lagu. kmdn pd zaman perubahan meletakkan scene persaudaraan masyarakat, solat berjemaah, halaqah, arak yg ditumpahkan dan kisah darjat wanita yg diangkat yg mana ketika ini bayi prmpuan yg baru lahir diazankan..

Ana telah memikul tanggungjwb utk melakonkan watak ibu yg mana anaknya dibunuh hidup2 serta diakhir penceritaan yg mengisahkan seorang ibu yg mlhrkan anak dan suaminnya mengazankan bayi tersebut. watak ibu turut dijayakan oleh kak bibah dan kak ja. ustzh sakinah merupakan suara latar manakala ustzh Ain bertanggjwb dlm teknikal. Selama 4 hari latihan demi latihan kami jalankan sehinggalah pljr2 kami mampu menghayati watak. ana teringat ketika ana mengajak mrk utk berlakon. mrk smgt nak join tp ada jg kerisauan."cg, sy boleh je berlakon tp sy ni budak nakal".."sblm ni kwn2 kamu kenal kamu sbg budak yg nakal, apa salahnya kali ini kamu tunjukkan diri kamu sbg budak yg baik..berserban, berjubah", jawab ana. pelajar itu pun tersenyum....

Akhirnya pd pg td km telah membuat persembahan, utz marul mengetuai bacaan doa sblm kami memulakan persembahan di hadapan semua guru & pelajar, iaitu di pentas tapak perhimpunan. Akhirnya, usaha & kerja keras kami berhasil..air mata terasa ingin bercucuran. Satu persatu pujian yg kami terima trmask dr pen. kanan.Alhamdulillah..

subhanallah cantiknya pantai..

Baru sahaja kemarin ptg (7hb3) ana & shbt2 pergi ke pantai, lbh krg 20 minit menaiki motor akhirnya kami sampai di pasir panjang yg jg tempat pengurusan penyu..Subhanallah betapa cantiknya pantai2 yg ada d sini. Kami bersyukur krn Allah swt memilih kami utk berada di pantai remis yg banyak terdapat perkampungan nelayan. Merenung ke dasar laur sudah tentu membuatkan hati kita kagum, hembusan angin yg bertiup menghilangkan segala kegusaran kami. lantaran tugas sbg guru praktikum yg sudah tentu kadang2 memaksa diri masing2 utk mencuba sebaik mgkn dgn kudrat g ada. penat memang penat tp seronok ...MasyaAllah sgt seronok.

Monday, March 1, 2010

Pernikahan...

Assalamualaikum wbt..baru sahaja ana search internet dan membuka laman web http://islamebook.wordpress.com/ . Ana berkenan dgn 2 buah buku di atas; Mujahadah Cinta Sepasang Hati dan Kujaga Hatiku dengan Menikahimu. merupakan novel Indonesia karya Jon Hariyadi. Alhamdulillah sdh banyak transformasi novel kpd novel islamik. Dahulunya ana x berapa suka membaca novel memandangkan amik masa yg lama utk dihabiskan. siap terlena lagi =).Tetapi sejak adanya novel karya Habiburrahman dan Fatimah Syarha Mohd Noordin, tiba2 minat terhadap novel2 berunsur islamik. Kandungan novel yg berunsur dakwah serta tidak lari dr roh islaminya..

Baiklah..kita tengok saja mesti dah tahu kan yg 2 novel di atas lebih kepada Baitul Muslim. ana yg mempromosi ni macam dah dekat nak nikah pula =). sbnrnya novel2 ini ana tujukan kpd ahlil bait merangkap sahabat praktikum dan sahabat ana semasa di universiti dulu. tak lain x bukan adlh ustzh sakinah dan ustzh Ain solihah..kpd ustzh sakinah yg bakal membina baitul muslim pd.......(masih dirahsiakan),ana doakan semoga shbt ana ini menjadi isteri solehah yg taat pd perintah agama (",)..Oh ye, tak lupa jg kpd shbt2 ana yg lain, uda, tam, anjang, alang, ateh,along,angah..jgn lupa baca buku ni ye. Buat shbt baik ana di Tawau (muslimah 87) iaitu ukhti Rosdiana iskandar,nti sesuai benar baca buku "Mujahadah cinta sepasang hati" yg mengisahkan pasangan muda yg mendirikan rumahtangga ketika masih dlm kuliah. sama spt nti jg..

Sajak Aminah Qutb


Sekiranya kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah

andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun andainya dia bukanlah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar
pasrah dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..



~ dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ – Fatimah Syarha


 

©2009 NUR ILAHI | by TNB