Monday, May 24, 2010

Ke Arah Kesempurnaan Hidup Beragama


Setiap Makhluk Diciptakan Berpasang-pasangan

Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui”. Yaasin: 36

Sudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk diciptakan mempunyai pasangan. Begitu juga manusia. Telah diciptakan Hawa untuk menjadi pasangan bagi Adam a.s. Daripada pasangan inilah, manusia berkembang biak sehingga sekarang. Firman Allah swt: Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu daripada isteri-isteri kamu itu anak-pinak dan cucu-cicit dan memberi kamu rezeki daripada yang baik-baik..” (An-Nahl: 72)

Fitrah manusia tidak boleh hidup bersendirian. Setiap manusia normal memerlukan teman. Teman untuk berbicara. Teman untuk makan. Teman untuk berkerja dan boleh dikatakan hampir semua rutin harian yang dilakukan memerlukan kepada teman.

Sunnah para rasul

Berkahwin adalah antara keperluan paling asas hampir semua insan di dunia ini. Bahkan menjadi sunnah para rasul utusan Allah swt. Rasulullah saw bersabda: Barang siapa yang tidak menyukai sunnahku, ia bukanlah dari golonganku. Sebahagian dari sunnahku adalah berkahwin, oleh kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksnakan sunnahku”.

Fitrah kejadian manusia adalah melalui perkahwinan. Kahwin menurut Islam bermaksud perjanjian antara dua insan yang berlainan jantina (lelaki dan perempuan) untuk berkongsi hidup. Bermakna, hanya selepas pasangan ini dinikahkan secara rasmi sahaja barulah agama mengiktiraf kebebasan pasangan ini untuk berkasih sayang dan bercinta mesra.

Matlamat Perkahwinan Muslim

Perkahwinan itu dipandang mulia dan sangat dianjurkkan oleh syariat Islam bagi mengelakkan keruntuhan akhlak dan tatasusila di samping menjaga keturunan. Ia bertujuan untuk keharmonian sejagat, khususnya bagi umat Islam. Perkahwinan membawa kepada ketinggian akhlak serta kebersihan rohani dan jasmani. Melaluinya, zuriat akan berkembang biak dan ini adalah sebahagian daripada kebangaan Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Berkahwinlah kamu agar dapat melahirkan keturunan. Sesungguhnya saya akan berbangga pada hari kiamat jika kamu menjadi umat yang teramai (daripada umat-umat lain)”.

Namun, matlamat perkahwinan yang paling utama ialah untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah yang taat kepada segala perintah Allah swt dan meninggalkan segala laranganNya. Zuriat yang akan mendoakan kesejahteraan hidup kedua ibu bapa sama ada semasa hayat mereka mahupun selepas keduanya meninggal dunia. Rasulullah saw bersabda: “Apabila seseorang manusia telah meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya”.

Ke Arah Kesempurnaan Beragama
Dengan perkahwinan juga akan mampu menjaga agama. Bahkan perkahwinan itu merupakan sebahagian daripada agama. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya: “Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi”. (H.R.Al-Baihaqi)

Bahkan, perkahwinan juga mampu membawa kepada khusyuk dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. Khusuk dalam erti kata, ibadat yang disukai dan diterima oleh Allah SWT. Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh pulu rakaat orang yang hidup membujang”. (Dikemukakan oleh Ibnu Ady dari Abu Hurairah termaktub dalam kitab Al_kamil) (Tuhfatul Aris Wal 'Arusy, 67).
Wassalam...

"Sahabat-sahabat, kaum keluarga dan semua kenalan dijemput hadir ke Majlis Walimahtul Urus kami: Nurlaila Darwis dan Safaruddin Lakalla pada 22 Jamadil Akhir 1431H bersamaa 5 Jun 2010M di alamat Lot No. 227, Kg. Tanjung Batu Keramat, Tawau, Sabah. Semoga kehadiran kalian akan membawa 1001 rahmat kepada kami. InsyaAllah..Mohon doa kalian..

Wednesday, May 19, 2010

Minggu terkahir di sekolah...

Bergambar kenangan utk majalah sekolah
Dari kiri; Rosmaniza, Nooradila, Nur Ain Solihah, Sakinah, Khatijah, Nurlaila, Habibah, Norhayati


 
Ini adalah jamuan yg plg 'surprise' drpd pljr2 kelas 404. Tujuan masuk utk mengajar sains, tp x jadi mengajar bila mana hati dah tersentuh, kelopak mata jg x terdaya menahan limpahan air mata =(
 
 
Gambar kenangan bersama pelajar tgktn 404.

Seterusnya, gambar di bawah merupakan picnic pertama dan terakhir bersama2 pelajar kesayangan kami, berkelah di teluk senangin dgn  pantai yg memutih menambah kesedihan kami..
 


"Selamat tinggal pelajar2ku..cgu harapkan perubahan dr kamu wlupun ckgu dan kamu bakal berjauhan. di sekolah mcm2 label negatif yg kau dpt tp cgu x pernah menganggap kamu begitu. Cikgu teringin sgt bersama kamu semua sehingga kamu berjaya tp ckgu x mampu.., cgu x dapat menahan air mata, krn cgu sgt sayangkan kamu semua"

Jamuan Perpisahan~ akan ku abadikan kenangan ini


 
 Jamuan pertama: Di rumah Saiful Nizam. Selesai mengajar pelajar2 ini di hujung minggu, ibu dan abah saiful menejemput kami semua untuk datang makan tengah hari di rumah mereka.


 
Jamuan kedua: makan malam di rumah pak man yg juga pembantu am di sekolah kami. Baik sgt keluarga pak man..jasa pak man sekeluarga tak mungkin dpt kami lupakan.

Jamuan ketiga: Jamuan Perpisahan meraikan guru praktikal dan guru sandaran yang diraikan oleh guru2 sesi petang dan pentadbiran sekolah.
 
Barisan guru2 praktikum dan guru sandaran..

 

 
Jamuan keempat: Jamuan makan malam di rumah syikin (pelajar tingktan 1)



 Jamuan kelima: Jamuan perpisahan bersama pelajar tingkatan 406. Yg juga merupakan salah satu drpd kelas yg ana mengajar sains. Selepas bermain bola jaring bersama2, mereka memberikan kejutan kpd kami.


Jamuan keenam: Jamuan perpisahan yang diraikan oleh pelajar2 tingkatan dua. Jamuan ini jg bertujuan mereka meraikan birthday kak khatijah dan adib.



Jamuan ketujuh: Jamuan ketujuh di kedai makan pakcik zul dan keluarga yg meraikan kami guru2 praktikal.

Perkhemahan bersepadu, Ulu Licin Perak

Cgu Thennarasu bersama para fasi memindahkan banner program.

Antara kenangan paling manis yang mana kami semua solat maghrib secara berjemaah dlm keadaan hujan yg sgt lebat. Selesai solat, Ustaz marul Hariri bin Mokhtar menyampaikan tazkirah yg ketika itu jg masih hujan.

 
Barisan AJK, Fasi dan para peserta merakamkan gambar kenang-kenangan di akhir program.

~kem solat bestari~ penghayatan solat

Tayangan filem yang mana pelakon2 terdiri drpd guru2 praktikal.Filem ini adlh rekaan semata2 dan ia menceritakan kisah seorang gadis bernama zana yg menderhakai Allah (meremehkan ibadah solat) dan ibunya sendiri. Di akhir hayatnya, zana meninggal dlm keadaan yg mengaibkan. Gambar di atas menunjukkan 'scene' solat jenazah.


Slot 'Halaqah tarbiyyah' (forum ehwal islam)- solat tiang agama

Pengerusi: cik Nurlaila bt Darwis
Ahli panel 1: Ustazah Maimun bt Puteh
Ahli panel 2: Ustazah Noria Tan Abdullah
Ahli panel 3: Ustazah Raja Marzihan

Sibuk berbincang...


Serama lebih 50 orang pelajar yang terlibat dgn majlis kemuncak kem solat ini.

 
Inilah pelajar2 kesayangan sy. Terdiri daripada pelajar tingkatan 5MPV
Dari kiri (hadapan): Malek, Syahrul, Amirul

Friday, May 14, 2010

Hari ulang tahun yang sangat bermakna...


Pada 27 April yang lepas genaplah usia ana 23 tahun. Pada tahun ini terasa sgt istimewa drpd tahun sblmnya kerana pada tahun ini ana diraikan oleh pelajar2 sekolah yg sememangnya tidak dpt diduga. Mereka adalah pelajar2 tingkatan 1 yg mana sblm ini mengikuti pertandingan nasyid atas nama kumpln "wardhatul syauqah" di bawah bimbingan ana. satu-persatu kejutan yang ana dapat..Di awal pagi ketika mana ana baru sampai ke sekolah, pelajar ana (tingktn 4 dan 5) datang menghulurkan tangan dan bersalam dgn ana."selamat hari jadi cikgu laila"...

kmdn bila mana ana masuk ke dalam makmal untuk mengajar Biologi, pljr2 dtg lagi bersalam dgn ana...sayu rasanya hati ini. Selesai mengajar, pelajar 4 sains tulen ini yg majoriti adlh pljr cina telah bangun dan ramai2 menyanyikan lagu "selamat hari jadi" dlm versi melayu dan cina..terharu sangat...

lain pula ceritanya bila mana ana masuk mengajar sains kelas 404, tiba2 ketua kelas trsbt meminta semua rakan untuk bangun..sekali lg nyanyian selamat hari jadi ditujukan buat ana..air mata ini x dpt berhenti mengalir ketika itu. "cikgu, kenapa ckgu menangis?kami minta maaf kalau dah buat cikgu bersedih", tanya pelajar ana. "cikgu sedih sebab baru cikgu tahu yg kamu ni sbnrnya baik..cikgu ingtkan kamu x baik dgn cikgu..selama ini cikgu mengajar, ana je yg akan jd kelawar dan terbang keluar, jawab ana".."mana ada cikgu..kami ni mmg baik..."..Inilah pelajar yang ana sgt sayangi. Bermula saat itu, ana sangat bersemangat mengajar mereka sains.

 

©2009 NUR ILAHI | by TNB