Thursday, January 28, 2010

Sekitar Pilihan Raya Kampus UPSI


ASSALAMUALAIKUM WBT .. kpd shbt2 semua tidak kira yg masih berada di UPSI, yg sedang menjalani latihan praktikum mahupun yang telah bekerja. Bahang Pilihanraya Kampus (PRK) sgt terasa apatah lagi pd 28hb1 merupakan hari pengundian. Baru2 ini, ahlil bait baitul insyirah berkesempatan balik ke tanjung malim utk menziarahi adik beradik yg lain d sana serta menolong sdkt gerak kerja kempen setakat yg kami termampu. Ya ALLAH betapa kami merindui shbt2 seperjuangan kami d sana apatah lagi kolej KUO tempat yg telah mentarbiyyah diri ana ini. Perjalanan dari pantai remis agak jauh yg mana perjalanan kami bermula dr pukul 2pm ttp akhirnya km sampai d tanjung malim lbh kurang pukul 10pm. Perjalanan bermula dgn menaiki bas ke Taiping selama l jam lbh, kmdn ke medan kit mengambil masa 2 jam, strsnya ke medan gopeng mengambil masa 15 mnt. Dan akhirnya dr ipoh ke tg malim memakan masa 2 jam. Perjalanan lbh terasa panjang krn kena menunggu bas yg blm ada pd masa trsbt.Ttp semua itu terasa sgt berbaloi apbl akhrnya dpt sampai ke tg malim. Destinasi yg kami tuju sdh semestinya adlh kolej ana dahulu iaitu di KUO, kolej yg dahulunya dihidupkan roh islaminya oleh arwah shbt kita ustaz Fadhiri dan Faizol. Gembiranya dpt bertemu adik beradik yg lain apatah lagi yg praktikum di Klang, Sg buloh, Pahang, utara perak turut turun padang wlupun jg terpaksa bermusafir jauh. Terharu sgt melihat adik brdk semua krn kita semua berkumpul atas dasr aqidah & ukhuwwah Lillahitaala. Pada mlm trsbt sehingga ke tgh hari keesokannya, mslmt di KUO bertungkus lumus menyiapkan banner calon2 “Mahasiswa Pendidik”. Baju kuning “mahasiswa pendidik” ana & ustzh sakinah telah menyimpan kenangan tersendiri apbl sampi skrg warna hitam yg melekat pd baju trsbt ttp tidak tanggal =).

Seterusnya, pd pukul 12 tgh hari km terus ke kampus & berkampung di depan dewan SITC utk menampal poster calon. Agak ramai shbt2 yg berada di situ & sdkt pun mrk tdk mengenal erti penat wlupn terpaksa berpanas. Ana jg turut kagum melihat kegigihan & kesungguhan calon umum Mahasiswa pendidik iaitu Ustaz Zahar & pengurus calonnya iaitu ustaz Amirul. Team ini sgt kreatif yg mana mereka Berjaya membentuk huruf “Z” yg sgt besar dgn mggunakan poster calon & tpt yg dipilih jg sgt strategik. Tidak krg jg kesungguhan calon2 yg lain spt utz Azrul, utz Amin, Ustzh Atiqah, ustzh Nooranoo yg sendiri turut padang utk menaikkan poster masing2 di sekitar kampus. Tumpuan ana sudah semestinya pd adik tersyg iaitu Herwana Herman yg merupakan junior ana di Kolej Matrikulasi Labuan dahulu & juga mrpkan alumni Surau Al Irfan KML. Herwana bertanding sbg calon Fakulti Sains & Teknologi (FST). Ana, ustzh izyan, ustzh sakinah dll bertumpu di sekitar Bangunan Canselori (BC) dan jg di hdpn SITC. Sgt bersemangat shbt2 ana..

Kepada calon Mahasiswa Pendidik, teruskan perjuangan antum kerana yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama dgn tentera Muhammad. Kepada adik beradik ana yg sedang menjalani praktikum, teruskan munajat & doa kpd Allah smga mata rantai perjuangan tentera Al-Fateh dpt mengulangi kegemilangan Sultan Muhammad Al-Fateh yg telah pun melakar sejarahnya dahulu. Kpd shbt & adik2 yg berada di UPSI, ana tahu shbt2 semua telah menggunakan semaksimum tenaga antum. Yakinlah bahawa dlm usaha kita yg ingin membawa kebenaran dan menentang kebatilan, syurga Allah terbentang luas buat para syuhadanya.

SELAMAT MENGUNDI…



0 comments:

 

©2009 NUR ILAHI | by TNB