Thursday, January 7, 2010
Operasi tahun baru GAMIS di Dataran Merdeka KL
Pada 31 Disember baru-baru ini, GAMIS telah menganjurkan operasi sempena sambutan Tahun baru. Kehadiran lebih 600 mahasiswa daripada pelbagai kampus pada malam tersebut membuktikan bahawa mahasiswa mempunyai sensitiviti bermasyarakat di samping tanggungjawab sebagai da'ie.
Operasi pada malam tersebut bukanlah untuk menghukum mana-mana pihak, akan tetapi ingin menunjukkan semangat mahabbah GAMIS kepada anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan Malaysia pada masa akan datang. Operasi kita pada malam tersebut adalah semata-mata menunjukkan sikap dakwah kita seperti kata al-Banna dalam wasiatnya iaitu, "asas dakwah kita ialah kasih sayang".(http://tintaduat.blogspot.com)
Program ini bermula di masjid Jamek yg mana Mahasiswa dari pelbagai IPTA/S telah berkumpul untuk menunaikan solat hajat secara brjmaah. Tahniah kepada GAMIS dan sahabat mahasiswa kerana operasi ini dianjur dgn jayanya. Air mineral dan 'book mark' telah diberikan pd mahasiswa untuk diedarkan kpd orang awam. Suasana ketika itu sudah tentu amat mencabar bagi muslimat yang mana sangat ramai ragam manusia terutama remaja lelaki yang menggayakan fesyen terkini dgn suasana yg menyakitkan mata. Walaubagaimanapun, muslimin yg tidak berada jauh selalu berjaga2 atas segala kemungkinan.
Setelah selesai solat di masjid jamek, kepimpinan GAMIS pusat telah memberikan taklimat. Operasi bermula dari masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka. Suasana yg paling mengharukan adalah ketika mahasiswa betul2 berada di tengah2 dataran merdeka yg mana ketika itu muslimin membuat satu bulatan besar dan muslimat berkumpul di dalam bulatan tersebut. Kemudian pimpinan muslimin GAMIS masuk ke tengah2 bulatan muslimat. Ketika itu muslimin di luar bertindak sbg pertahanan pertama dan muslimat sbg pertahanan kedua,ketiga dan seterusnya. Sebak perasaan tatkala Presiden dan timb pres GAMIS membrikan ucapan, apatah lagi ketika laungan "ALLAHUAKHBAR" dilaungkan oleh semua mahasiwa yg seolah2 ingin menutupi suara Ratu dan Raja Rock Malaysia di atas pentas Dataran. Masha-Allah..Betapa agung kuasaMU YA ALLAH.
Semoga negara Malaysia pd tahun 2010 ini lebih kehadapan dr sudut akhlaknya bersama pimpinan negara yg berakhlak Islam.InsyaAllah..
Bismillahhirahmannirahim
Selawat dan salam ke atas junjugan mulia nabi kita......
didalam hadis nabi ada menyebut iaitu :-
Akan datang keatas umatku suatu zaman yang mana zaman itu islam hanya pada nama, al-quran hanya pada tulisan dan masjid mereka megah tetapi kosong dari petunjuk allah..
Apabila kita hayati kata baginda ini, kita boleh mengaku keagungannya kerana nabi boleh mengetahui zaman akan datang. Inilah salah satu mukjizat Rasullullah s.a.w yang dikurniakan oleh Allah.
Maksud nabi ialah umat aku akan datang pada suatu hari nanti yang mana Islam hanya pada nama iaitu umat Islam tidak lagi melakukan amalan dan tanggungjawab dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah tetapi lebih kepada kemurkaan kepada Allah. Kalau kita kaji pada masa sekarang ramainya umat islam yang lalai dan leka dengan permainan dunia. Apabila ini berlaku maka benarlah apa yang dikatakan oleh rasullullah sejak 1400 tahun yang lalu, Allah berfirman dalam Al-Quran :-
Wahai orang yang beriman masuklah kamu dalam Islam dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment