Friday, January 22, 2010

Coretan hidup seorang Bakal Guru

Assalamualaikum wbt..kpd shbt2 semua yg dikasihi kerana Allah, maaf krn baru berkesempatan menulis semula setelah bermulanya tarikh Ros dan Praktikum. Ana dan 2 orng shbh lg (ustzh sakinah & ustzh Ain Solihah) Ditempatkan di SMK Dato' Idris, Pantai Remis Perak yg berhampiran dgn Lumut & Manjung. Kami sangat terharu di ats ukhuwwah kita adik beradik dlm medan dakwah yg telah menghantar kami ke Pantai Remis dgn 2 buah kereta. Syukran pd utz Baha, utz Farid, wani dan anjang. Dengan sewa rumah yg sgt murah, RM100 sebulan km menerima seadanya keadaan rumah kami yg terletak berdekatan dgn deretan pokok kelapa sawit yg menghijau. Utz Baha & utz Farid sgt mengambil berat akan keadaan rumah kami. dgn rumah yg berlubang di sana sini & kelihatan dhaif menambah lg keresahan shbt2. Sempat jg gambar kami dirakamkan dgn anjang mmberikan beras Faizah, herba ponni Taj Mahal pd ana seolah2 dlm Program BersamaMu TV3. Kelakar sgt gelagat shbt2ku..beras 2 pun br juga kmi beli di Pasaraya Billion yg terdekat. Air mata berlinangan tatkala shbt2 ingin meninggalkan km ber3 di ceruk kampung, bertambah sebak lg apbl terigatkan ukhuwwah yg terjalin terutama di antara kita adik beradik JF yg skrg ini telah pu melakar sejarahnya. Seorang drpd adik berdk kita telah menjadi asy-syahid. Terkenangkan arwah Fadhiri betul2 membuatkan km sebak..shbt yg spttnya praktikum bersama2 telah pergi menyahut panggilan Ilahi terlebih dahulu.



Syukur ke hadrat Ilahi, krn pengetua sekolah km seorang yg islamik & merupakan kawan kpd ayah supervisor parktikum ana. Pd hari pertama ke sekolah, pengetua telah banyak menasihatkan kami agar membetulkan niat & ketika mengajar harus ada elemen dakwah.

Setelah hampir seminggu ana, ucu dan achik berada di Pantai Remis. Rumah kami telah km namakan sbg "Baitul Insyirah" sempena nama keramat km bersahabat di upsi. tam & uda yg berada di Klang jgn marah ye..nnti cari nama lain je =). Pd setiap malam selesai solat mabhrib, kami akn mengadakan Halaqah sekiranya lapang. Halaqah ini km namakan "DG Insyirah". Sangat bahagia km rasakan, krn bukan kemewahan yg km inginkan tp ikatan ukhuwwah di antara ahlil bait & roh islam di dalamnya..gelak tawa km sering menceriakan suasana..dgn ketiadaan dapur gas & kelengkapan memasak yg lain, km sgt berselera wlupun sekadar berlaukkan sambal ikan bilis. terasa nikmat asalkan dpt bersama ahlil bait tersayang.

Semalam ketika hendak menutup tingkap rumah, terkejut jg melihat 11 ekor cicak yg sedang bermesyuarat di tingkap rumah kami kami =). Banyak sangat & bila dengar mmg terasa geli tp itu jg makhluk ciptaan Allah.yg kelakarnya reptilia 2 telah mmberikan ana idea. Nnti dah start mengajar Biologi @ sains teras di tpt praktikum, ana cdg nak tangkap cicak2, kumbang dan serangga lain yg selalu ada di rumah utk dijadikan bahan experiment d makmal. klu x pun, blh jg dijadikan specimen utk ditunjukkan pd pljr klu haiwan 2 mati nnti. seronoknya jd cikgu sains.kpd shbt2 di UPSI, dtglah berkunjung ke "Baitul Insyirah"..Tarbiyyah Ruhiyyah & Jasadiyah.




(ahlil bait, baitul INSYIRAH)

0 comments:

 

©2009 NUR ILAHI | by TNB